Wednesday, November 30, 2011

Imbas Kembali

Ini benda lama. Nak kata basi belum lagi, apatah pula reput. bukan diperbuat dari besi pun. Nie den buat sebelum Raya Haji/Korban tahun ini 2011. Saja den nak begurau dan senda dengan Crew KBU..mereka-mereka nie spoting hangusssss!.. best ooo..



Thursday, November 17, 2011

Komik: Student

Ini lakaran saja-saja dan watak saja-saja, bagi komik 'Student' yang akan diterbitkan. Biarpun tidak mempunyai masa, walaupun nak minum sekopi pun kena curi-curi. Tapi akan ku usahakan untuk melihat hasil karyaku sendiri. Moh tengok dibawah nie yoo...


Pengenalan diri

Nama: Ajim
Umur: 15tahun kebawah, esok lusa keatas pula.
Kidt: (seorang pengawas yang baik, tapi sombong ya amat macam belangkas)
Anugerah: Pelajar harapan Nusa dan Bangsa, Yusoff Tayub Awards.
Lebih lanjut: Dia mempunyai watak yang baik, akan tetapi sombong terhadap pelajar yang baru. Seorang kaki buli juga, semua pelajar baru takut padanya atas dasar dia adalah ketua Pengawas. Time makan mesti bawa sudu sendiri dari rumah dia, sebab sudu kat kantin selalu habis cepat dari nasi, lauk pauk, air dan sebagainya, barangkali pelajar-pelajar di sekolah ini makan sudu kot.

Thursday, November 10, 2011

11/11/11 moh tengok sat.

Assalamualaikum.. yeahhh!! Dalam tidak sedar rupanya hari nie sungguh bermakna. Lihat saja pada tarikhnya 11hb.11.2011 Blog Kartunis Damas yang ke dua (2) iaitu Rasmi bagi den Imaginasi Dalam Karya Kehidupan Damas, sesudah b'karya lebih 11 bulan je! dalam blog pribadi den, Artistic Satisfaction wahh sungguh tak disangka. Den baru jer membuka pintu Blog nie haaa, bukan buka kedai runcit yang jual tali ropia tuu okay...Baru buat sangat-sangat nie, masih ada bau kedai lagi tu. Seriuss beb!! senyum sikit :) hmmmm..

Bagi yang gemar Ais Krim sorry sesangat. Sebab anda berada di tempat jualan yang salah. Den hanya jual Air Kosong dari kedai Mamak jaa..Sebenarya blog ini menyediakan segenap fikiran dekat dan jauh dalam minda yang selalu memberi tanda tanya.!? Tangan yang sentiada gatal untuk begerak mengikut alunan minda. Menghasil separuh sifat dari sepenuh-sepenuh sifat itu(teka la sendiri)

Ke 14.. ehh, satu pun tak kira lagi. Tetiba 14 terus..? okay, cuba hampa lihat dari pandangan sisi Header ini. Amacam ? mengancam tak buleh tahan dak kalau macam nie?




Sebenarnya den nie tak pandai nak guna Photoshop, tu yang edit pakai AutoCAD software, lepaih tu den edit pula pakai Paint ..heheheh!!!. Jadi la kan, dari tak ada langsung. Lain la hampa... suma terror-terror hokk belakoo..

ok. Dah habis dah, so jom kita sambung minum kopi panas..Tadikan hampa berhenti sebab nak dengar den be'ceritakarut nie..okay lah bybye cumeeeeeee!.(manja pula ayat ini !)